HEY HEY !
shyda nak share sikit pasal 5 punca utama kenape perempuan menangis,
Hormon- hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila datang bulan. Tekananyang sebelum ini biasa , akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. okeyh,ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). so lelaki lelaki kat luar sanee, elak lahh daripada memberi apa apa tekanan sebab perempuan nih akan jadi lebih sensitif pada waktu neyh. silap silap problem yang kecil akan menjadi semakin besar.
Manipulasi- then korang perasan ta banyak perempuan yakin betoll lelaki memang lemah terhadap air mata perempuan?. Pemikiran seperti neyh jugak diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetengah perempuan menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. perempuan juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup buat ape ape sajee untuk memberhentikan tangisan air mata perempuan. memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas- Tidak semua perempuan menangis kerana hendak memanipulasi lelaki, segelintar jelaa. Lebih ramai perempuan menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Semua tahu kan, pemikiran seseorang perempuan lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
Kemarahan-korang mesti tahu 1 punca neyh, perempuan lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar perempuan. Terutama apabila korang melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti perempuan bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi perempuan, kebanyakan yang shyda perasaan memang perempuan cm gini, HEHE
Memori- PEREMPUAN merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang palingkompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, perempuan lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.so kire perempuan ni appreciate setiap kenangan yg mereka pernah lalui.
p/s : tangisan memang agak asing bagi lelaki, tapi kalau korang nak tahu perempuan ni lebih memerlukan seorang lelaki kalau die tengah bersedih, so pandai laa ambik hati dorang yeee!!



0 comments:
Post a Comment